Bagaimana Cara Mempercepatkan Blog Diindeks Oleh Google
Tips mempercepat blog atau laman web diindeks oleh Google Klik untuk lebih jelas Adakah anda tahu bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum Google memutuskan untuk mengindeks (index) blog anda. "Malah, ada sesetengah orang mengambil masa yang lama dan sangat sukar untuk mendapatkan blog baru mereka diindeks oleh Google". Jika ingin laman blog atau web anda diindeks dalam beberapa hari, anda perlu melakukan perkara berikut: Klik untuk lebih jelas 1) Tambah Blog anda ke GWT - Google Webmaster Tools (GWT) adalah tempat di mana anda boleh mengumpul data dan beberapa maklumat tentang blog anda. Google secara automatik akan memberitahu anda sama ada anda mempunyai apa-apa isu dengan laman web anda atau tidak. Ia adalah tempat yang terbaik untuk anda mula pengumpulan data sebab saya pun menggunakan GWT. Oleh itu saya sarankan supaya anda menambah blog anda ke Google Webmaster Tools. Jangan ragu-ragu untuk mengunjungi Webmaster Tools sebulan sek