Bagaimana Nak Link Blogger dan Facebook Melalui Twitter
Bagaimana cara nak link Blogger ke Twitter dan Facebook anda. Ramai yang bertanya melalui email dan tak kurang juga melalui komen, persoalannya macamana cara yang membolehkan anda share post dari blog melalui Twitter ke Facebook. Adakah teknik ini boleh membantu anda? Ya! memang sangat membantu dan sekaligus tidak membuang masa anda membuat post update status berulang kali (copy paste) dalam media sosial. 1.Facebook Pertama, anda perlu mempunyai akaun facebook peribadi, adalah mustahil untuk mewujudkan sambungan antara laman web dan Facebook jika anda tidak mempunyai akaun FB. Untuk memulakannya, klik pada 'Iklan dan halaman' pada sebelah kiri halaman profile facebook anda,atau Create a Page . Dari situ, anda akan memilih jenis halaman fanpage yang anda ingin buat untuk perniagaan (sebuah organisasi, jenama, produk) atau bagi seorang artis, band kumpulan atau tokoh masyarakat. Sebaik sahaja anda telah mula "mencipta laman rasmi," anda boleh mula mengisi maklumat