Penulisan SEO: Tip, Alat dan Teknik

Image
Tip Menulis Konten SEO untuk Beginners Pengertian Penulisan SEO Utama : Penulisan SEO merujuk kepada jenis penulisan yang bertujuan membantu tapak web meningkatkan keterlihatan mereka dalam talian. Lebih 74,000 istilah carian individu sedang ditaip ke dalam Google setiap saat. Penulisan SEO bukan sahaja memperkatakan tentang padanan kata kunci, ia juga melibatkan menawarkan penyelesaian kepada jawapan kepada pertanyaan pengguna atau pembaca tapak web anda. Enam puluh tujuh peratus daripada semua klik pergi ke lima hasil organik pertama. Penulisan SEO membantu meningkatkan peluang halaman untuk mendapat kedudukan tinggi di SERP. Kedudukan di Google SERP dan enjin carian lain bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tiada siapa yang mengatakan ia mustahil. Dengan alatan dan pengetahuan penulisan SEO yang betul, anda boleh meningkatkan peluang halaman tapak anda untuk mendapat kedudukan di SERP. Baca panduan ringkas ini dan pelajari kepentingan penulisan SEO dan cara melakukannya. Semak juga d

Apakah Penyebab Blog Susah Diindex Oleh Google Dengan Baik

Google Index

Penyebab utama kenapa blog tak diindex oleh Google dengan Baik.

Ramai para blogger dan pengguna internet lain di luar sana yang mengajukan pertanyaan ini melalui email "Apa yang menjadi penyebab blog susah diindex oleh Google"? Padahal saya sudah bersusah payah mencari backlink tetapi masih tidak boleh menjumpai blog saya di SERP. Kalau adapun ianya tersenarai hanya di halaman bahagian-bahagian belakang sahaja.

Ok...hari ni saya cuba kongsi serba sedikit kalau pun tak lebih cerita secara detail...Secara umumnya blog susah diindex oleh Google atau enjin carian...

Apa yang perlu diberi perhatian bahawa index itu bermaksud telah disenarai ke dalam index Google. Hanya blog kita saja yang belum masuk di halaman pertama bukan bererti blog kita itu susah diindex. Lebih lanjut untuk mengetahui apakah blog kita sudah diindex, sila lakukan carian di Google dengan taip site url blog saudara,...contohnya: site url http://www.belajarblogging.com

Selepas tu cuba tengok macamana hasil carian yang cukup signifikan dengan jumlah page blog anda.... Biasanya jumlah yang diindex selalu lebih banyak dari jumlah post artikel, sebab selalu saja ada halaman-halaman lain selain halaman artikel. Misalnya artikel blog anda ada 100, jadi yang telah diindex lebih dari itu. 

Kalau memang benar macam tu, maka blog saudara sebenarnya tak bermasalah dalam index google, hanya masih belum boleh bersaing dengan blog orang lain. Penyebab blog terlalu lemah untuk bersaing itu ada banyak, beberapa penyebab antaranya:

Backlink masih kurang (SEO-Friendly)
Optimasi Onpage ( baca artikel: Cara melakukan SEO Onpage)
Masih ada pengaruh sangsi dari Google, Jenis-jenis Sangsi/Google penalti dll........
Tapi, kalau ternyata blog anda diindex tapi jumlahnya lebih sedikit dari halaman artikel, ada kemungkinan ada kesilapan pada server hosting, atau ada kekeliruan pada nilai robots.txt. Kedua-dua masalah ini selalu menjadi penyebab utama sesuatu blog memang susah diindex dengan baik oleh Google.

Untuk mengetahui masalah yang satu ni kawan-kawan boleh login masuk ke Google Webmaster Tools, dan pilih blog yang nak diperiksa. Setelah masuk ke dashboard blog, sila klik menu Crawl, dan pilih AMBIL SEBAGAI GOOGLE(fetch as google), dan cuba masukkan URL homepage, 1 URL artikel, 1 URL label, dan lihat apa hasil yang saudara dapat....

Sepatutnya URL homepage dan artikel itu sepatutnya BERJAYA, sedangkan URL label itu gagal sebab ada pengaturan oleh ROBOTS.TXT. Tapi kalau kawan-kawan masih error kerana ROBOTS.TXT UNREACHABLE, so cuba periksa server atau hosting anda (Untuk pengguna blog yang dihoskan di wordpress, dan seumpamanya).

Jadi bagaimana cara mengetahui jika error ada pada robots.txt? Saya belum mempunyai artikel mengenai robots.txt ini, tapi cuba layari website http://www.robotstxt.org/. kat situ tutorialnya sudah cukup lengkap.

Blog diindex Tapi Susah Nak Masuk Halaman Pertama Google

Kalau kes yang seperti ini maksudnya blog anda mengalami perkara-perkara yang sudah saya sebutkan kat atas, iaitu kurang backlink, atau onpage sangat teruk, atau masih sedang dalam masa permerhatian Google penalti tanpa pengetahuan anda.

Tapi kadangkala kesalahan macam tu cukup spesifik, iaitu Google tidak boleh membaca halaman anda sebab ada elemen-elemen yang "menghalang" atau tidak dibaca oleh robot enjin carian. Kalau seperti tu, maka kawan-kawan kena memastikan bahawa halaman web tersebut mempunyai teks yang cukup baik untuk dibaca oleh Google.

Kalau tuan-tuan menggunakan terlalu banyak elemen supaya terlihat lebih menarik contohnya terlalu banyak menambah widget dan sebagainya, tapi tidak boleh dilihat oleh enjin carian, maka itu perkara sama yang boleh merosakkan posisi blog anda di hasil carian Google.

Untuk mengetahui apakah blog anda boleh dibaca dengan baik oleh Google. Sila lihat cache dari blog anda. Klik cache:url pada kotak pencarian Google.
Contohnya: cache:http://www.belajarblogging.com

Nanti akan terbuka halaman blog saudara, tetapi yang dari database Google. Sila klik TEXT-ONLY VERSION.... dan perhatikan apakah semua teks yang saudara baca di blog sama seperti di versi teks Google. Kalau semua teks utama ada, maka blog saudara diindex dengan cukup baik oleh Google.


Comments

Popular Posts

Apakah Maksud Kelajuan Internet Mbps dan Kbps

Cara Hack Wifi Password Guna Telefon/ Smartphone/ Apps

Bagaimana Ketahui Phone Kena Hacked

Cara Membuka UnLock Pattern Android, PIN Kata Laluan

Cara Padam Akaun Instagram