Penulisan SEO: Tip, Alat dan Teknik

Image
Tip Menulis Konten SEO untuk Beginners Pengertian Penulisan SEO Utama : Penulisan SEO merujuk kepada jenis penulisan yang bertujuan membantu tapak web meningkatkan keterlihatan mereka dalam talian. Lebih 74,000 istilah carian individu sedang ditaip ke dalam Google setiap saat. Penulisan SEO bukan sahaja memperkatakan tentang padanan kata kunci, ia juga melibatkan menawarkan penyelesaian kepada jawapan kepada pertanyaan pengguna atau pembaca tapak web anda. Enam puluh tujuh peratus daripada semua klik pergi ke lima hasil organik pertama. Penulisan SEO membantu meningkatkan peluang halaman untuk mendapat kedudukan tinggi di SERP. Kedudukan di Google SERP dan enjin carian lain bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tiada siapa yang mengatakan ia mustahil. Dengan alatan dan pengetahuan penulisan SEO yang betul, anda boleh meningkatkan peluang halaman tapak anda untuk mendapat kedudukan di SERP. Baca panduan ringkas ini dan pelajari kepentingan penulisan SEO dan cara melakukannya. Semak juga d...

Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian

Tempat Menarik Paling Best Untuk Dilawati di Negeri Johor

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: Digital Johor

Tahukah anda ada terdapat banyak "tempat menarik di Johor" selain "tempat makan paling best di Johor" yang boleh anda jelajahi dan lawati. Tempat yang paling sesuai untuk bersiar-siar, selain itu santai-santai untuk "percutian keluarga" atau "Family Day" mahupun rombongan bersama sahabat handai serta rakan-rakan anda menjelajahi serata daerah di seluruh negeri Johor. Di negeri Johor ada terdapat 10 daerah meliputi daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Muar, Kota Tinggi, Segamat, Pontian, Tangkak, Mersing

Ketika tercetusnya pandemik covid-19 pada penghujung  tahun 2019, berlarutan sehingga awal tahun 2020 bermula pada bulan mac ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, selepas itu disusuli pula dengan (PKPB) dan sekarang kini  (PKPP) dilaksanakan dan akan tamat sehingga 31 Ogos 2020.
 
Setelah berkurung hampir 3 bulan, kini warga Malaysia menarik nafas lega kerana setiap individu dibenarkan untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung, melancong, jalan-jalan makan angin untuk melihat keindahan alam semulajadi sambil cuti-cuti Malaysia.

Walaupun terdapat banyak tempat menarik di Johor seperti di tepi pantai, pulau-pulau, pusat peranginan, pusat rekreasi, taman-taman tema dan banyak lagi tempat pelancongan yang mungkin anda telah kunjungi ataupun masih ada lagi tempat yang anda belum menjejakkan kaki lagi. Tak terkecuali juga ada dikalangan orang johor (anak jati Johor) pun belum sampai di seluruh pelusuk negeri Johor, tapi dok sibuk nak merentas negeri nak jalan-jalan bersiar-siar makan angin katanya.

Jika disemak satu persatu memang banyak, sebab dari masa ke semasa ada sahaja tempat-tempat baru yang dibina untuk aktiviti pelancongan, percutian, riadah, sukan dan sebagainya.

Dibawah ini saya kongsikan sebahagian 12 "Tempat Menarik di Johor" yang wajib anda singgah adalah seperti berikut:

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com

1. Pantai Desaru (Desaru Coast)
Desaru Coast merupakan tempat peranginan di Johor yang popular di kalangan penduduk JB dan juga warga Singapura. Mempunyai beberapa hotel dan resort yang sesuai untuk aktiviti percutian bersama keluarga. Aktiviti seperti permainan jetski, perahu layar dan selain itu anda juga boleh menaiki kereta kuda turut ada disediakan. 

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source:ciktom.com

2. Forest City Contry Garden, Iskandar Puteri, Nusajaya (Gelang Patah)

Forest City adalah merupakan pulau dan pantai buatan yang berkonsep bandar hijau yang sangat menarik. Ada terdapat kolam mandi untuk aktiviti mandi-manda, taman mini yang cantik dihiasi dengan berbagai jenis pokok bunga, replika ketam gergasi, ikan, anjing laut dan sebagainya.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
                                                 image source:sislin76.com
                                  

3. Skyscape di Menara JLand, Johor Bahru
Pada yang meminati cabaran dan keberanian di tempat tinggi. Anda berpeluang untuk berjalan diatas kaca jernih di tingkat 34 Menara JLand di Johor Bahru ini. Disitu juga ada terdapat ruang hiburan udara atau aerial entertainment space yang dinamakan Skyscape, ini merupakan satu lagi daya tarikan yang terkini di Johor Bahru. Amat sesuailah untuk anda yang memang sukakan cabaran tempat tinggi, berselfie di instagrammable spot dan mencuba permainan VR dan teater mini di situ. Baca selanjutnya tentang SkyScape.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source:orangmuo.my

4. Pantai Air Papan, Mersing
Air Papan merupakan antara pantai yang terkenal di Mersing, terdapat beberapa chalet dan homestay ada di sekitar pantai ini. Sesuai untuk percutian bersama keluarga, persekitaran pantai yang bersih amat sesuai untuk anda mandi manda di sini. Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti lain iaitu bermain layang-layang dan berkayak di sekitar pantai ini.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com
5. Pulau Sibu, Mersing
Pulau Sibu juga tidak kurang hebatnya...selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti sukan air selain bersiar-siar di tepi pantai yang bersih dan cantik. Anda boleh menuju ke bahagian selatan pulau ini, terdapat sebuah kampung nelayan berdekatan sekiranya anda ingin menikmati suasana kampung dan lari seketika dari suasana pantai.

Terdapat pelbagai resort untuk anda pilih di Pulau Sibu terutamanya di bahagian barat pulau ini (resort ini biasanya akan ditutup pada musim monsoon timur laut). Jika ingin ke Pulau Sibu, anda boleh menaiki feri dari Tanjung Leman, Mersing.

Taman Laut Mersing yang dibuka pada tahun 1993 terdiri daripada 13 pulau yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Antaranya ialah Pulau Sibu yang juga terdiri daripada Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus, dan Pulau Sibu Hujung. Gugusan pulau ini yang terkenal dengan keindahan terumbu karang merupakan kawasan tumpuan peminat aktiviti diving dan snorkeling.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
 image source: sgmytaxi.com

6. Pulau Tinggi, Mersing
Pulau tinggi juga dalam senarai Taman Laut Mersing, Johor. Pulau yang kerap dikunjungi oleh para pelancong dengan pasir pantai yang memutih ini terletak kira-kira 40-45 minit dari jeti Tanjung Leman.

Juga dikenali sebagai General Hat Island, pulau ini juga merupakan kawasan aktiviti para nelayan tempatan kerana perairannya yang kaya dengan berbagai-bagai jenis hidupan laut, kini menjadi kawasan tumpuan penggemar aktiviti memancing.

Selain itu, terumbu karang yang cantik menjadikan pulau ini kawasan yang sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti snorkeling dan diving. Kepada mereka yang inginkan sedikit pengembaraan yang mencabar, anda juga boleh merentas hutan denai selama lebih kurang 30-40 minit untuk sampai ke tempat air terjun yang sangat cantik.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com

7. Pulau Pemanggil, Mersing
Pulau Pemanggil masih terletak di dalam Taman Laut Mersing, Pulau Pemanggil terkenal dengan kisah mistiknya yang tersendiri. Kisah mistik ini bagaimana pun menjadikan slah satu daya tarikan di pulau yang terdapat banyak terumbu karang yang masih terpelihara sehingga kini dan terdapat pelbagai jenis hidupan laut.

Walaupun terletak agak jauh daripada Mersing (perjalanan ke sini biasanya mengambil masa dari 4 sehingga 5 jam), pulau ini masih menjadi kawasan kegemaran kepada para pemancing terutamanya pada musim tertentu yang sesuai untuk memancing.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com

8. Pulau Besar, Mersing
Pulau Besar terkenal dengan zaman silamnya yang tersendiri. Mengikut kisah lagenda dan misteri dikatakan pada zaman dahulu terdapat seorang isteri nelayan penduduk pulau tersebut telah bertukar menjadi ikan duyung apabila dia telah memakan rumpai laut yang dibawa balik oleh suaminya selepas menangkap ikan di laut. Akibat perasaan cinta yang sangat mendalam, suaminya pun turut mengikut jejak langkah isterinya dan telah bertukar menjadi ikan duyung.

Menurut cerita dari penduduk tempatan, ada ketikanya pasangan itu kadang-kadang boleh kelihatan di sekitar pulau itu sehingga sekarang. Dengan kisah mitos yang penuh romantis, selain air laut yang jernih dan terumbu karang yang cantik, tidak rugi rasanya untuk anda datang dan singgah ke Pulau Besar.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com

9. Pantai Teluk Gorek
Pantai Teluk Gorek juga tidak kurang indahnya, anda juga boleh menikmati keindahan persisir pantai di sekitar kawasan tempat tersebut sekiranya melawat Pantai Teluk Gorek.
Pantai yang membentangkan dan pemandangan indah di sekitar Laut China Selatan dengan air jernih juga merupakan pantai yang tidak sunyi dari pukulan ombak. Sambil mendengar bunyi ombak yang mengasyikkan halwa telinga, anda juga turut dapat merasai kelembutan desiran bayu laut yang sentiasa bertiupan.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com

10. Teluk Mahkota
Teluk Mahkota yang berteluk juga dikenali dengan nama Jason Bay ini menghadap Laut China Selatan dan tidaklah terkenal seperti Pantai Peranginan Desaru. Sekiranya anda inginkan satu tempat bercuti tepi pantai yang tidak terlalu sibuk dengan pelancong. Beberapa tempat penginapan juga turut ada di sini seperti Tanjung Sutera Resort, Jason Bay Resort dan Mutiara Motor Resort.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: sgmytaxi.com

11. Air Terjun Gunung Ledang
Gunung ledang ada sebuah air tejun yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Untuk ke sini pengunjung perlu ke Gunung Ledang resort sebelum berjalan kaki ke lokasi air terjun.

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian

image source: thestar.com.my

12. Taman Negara Tanjung Piai
Tanjung Piai merupakan sebuah kawasan paya bakau di selatan Negeri Johor yang ada terdapat pelbagai jenis haiwan seperti monyet, dan juga berbagai spesis burung dan ketam nipah. Terdapat platform jalan kaki bagi memudahkan pengunjung menyusuri hutan paya bakau untuk melihat keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini. Tanjung Piai juga adalah merupakan penghujung benua asia di Daerah Pontian, Johor, Malaysia. 

Ia adalah titik paling selatan Semenanjung Malaysia dan dengan itu juga merupakan titik paling selatan di daratan Eurasia. Pemandangan laut dan darat Singapura dapat dilihat di seberang Selat Johor selain di Tambak Johor. 

12 Tempat Menarik di Johor Paling Cantik Untuk Percutian
image source: thestar.com.my

Mercu tanda Tanjung Piai
0,33 batu nautika di titik selatan,ada terdapat menara cahaya 15 meter yang berkelip setiap 3 saat dan menempatkan suar transponder radar yang boleh mengirimkan pesanan kod Morse "M".

Bakau dikawasan pesisir Tanjung Piai adalah tapak Ramsar yang penting di peringkat antarabangsa. Di bawah Konvensyen Ramsar, kerajaan dan pemerintah serta pihak berkaitan, berkewajiban untuk memastikan ekosistem bakau dan nilainya terjaga. Hakisan di lokasi perlu dikurangkan untuk melindungi integriti ekologi ekosistem bakau. Punca hakisan perlu dihapuskan atau dikurangkan.
 
Tanjung Piai adalah ikon penting nasional, menjadi salah satu daripada hanya lima laman Ramsar di Malaysia. Tanjung Piai juga merupakan lokasi semula jadi yang penting di Johor, menjadi taman ke-3 Johor National Park Corporation. Tanjung Piai mempunyai nilai sosio-ekonomi yang tinggi untuk perikanan. Terletak di hujung paling selatan daratan Asia dan disenaraikan sebagai tempat keutamaan untuk ekopelancongan nasional.
 
Tanjung Piai mempunyai 22 spesies pokok bakau. Ia adalah sebahagian dari Kawasan Penting Habitat Burung (IBA) di barat daya Johor, kawasan tersebut merangkumi sungai yang mengalir dari Parit Jawa hingga Tanjung Piai. Kawasan bakau barat daya Johor penting secara ekologi sebagai kawasan penghadang semula jadi untuk melindungi perkampungan di pedalaman dan tanah pertanian dari kejadian ribut, termasuk juga ancaman tsunami.

Akhir kata: Mari lah melancong di dalam negara kerana wabak Covid-19 masih lagi menular di seluruh dunia. Sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan eloklah semua warga Malaysia tak kira dimana jua pun anda berada, jom lah berkunjung ke negeri Johor, dan jangan lepaskan peluang untuk melawat tempat menarik di Johor yang baru dibuka.

Comments

  1. Banyakkan tempat menarik di Johor yang kita sendiri pun tak pergi lagi...nama aje orang Johor hahahaha...lepas ni bercuti aje laaa kita di Johor kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kann...banyak tempat pelancongan kat Johor ni... tapi kaki pun tak jejak semuanya...hihihi...

      Delete

Post a Comment

Maklumat yang terkandung dalam laman Blog ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul atau sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dilarang meniru, copy & paste kandungan dalam laman blog ini.

Komen akan ditapis untuk kesejahteraan bersama, spammer tidak dialu-alukan (spammers are not allowed).

Terima Kasih.

The Blogler (Aku Pakar Blogger).

Popular Posts

Apakah Maksud Kelajuan Internet Mbps dan Kbps

Cara Hack Wifi Password Guna Telefon/ Smartphone/ Apps

Bagaimana Ketahui Phone Kena Hacked

Cara Membuka UnLock Pattern Android, PIN Kata Laluan

Cara Padam Akaun Instagram