Adakah ketika ini anda sedang terfikir dan tercari-cari "Cara nak download video dari Facebook". Kadang-kadang kita ni suka nak download (memuat turun) video yang kita temui di suapan facebook. Walaupun kita boleh menyimpan catatan atau video di Facebook untuk ditonton semula kemudian.
Semasa duduk santai-santai petang hari sambil tu melayari FB di HP, masa tu nak download video dari Facebook. Belek punya belek, lepas buat research sikit last-last jumpa juga bagaimana caranya. So... pada post kali ini saya nak sharing sikit caranya step by step...
Sama ada video yang ingin kita simpan ketika sedang membuat kerja, projek, atau video lucu yang ingin kita kongsi dengan rakan-rakan, kita boleh memuat turun video Facebook tersebut dari suapan ke komputer atau peranti dengan beberapa step sahaja.
Nota: Trik ini hanya berfungsi di Facebook.com (Desktop) komputer dan tidak boleh berfungsi pada Apps (Smartphone), So... kita perlu login ke Facebook pada browser terlebih dahulu.
Dibawah adalah step by step seterusnya...
Cara download video dari Facebook menggunakan komputer:
Langkah 1
Pada suapan atau timeline Facebook anda 'Klik' pada mana-mana video kemudian 'Open URL Video pada new tab'. Lihat screenshot di bawah.
Salin pautan dan kemudian tampalkan di tab baru atau bar alamat tetingkap. Kemudian, ubah www di alamat menjadi mbasic. Jadi, sebagai contoh, jika URL video itu https://www.facebook.com/Meera/videos/593414421380089, anda perlu mengubahnya menjadi https://mbasic.facebook.com/Meera/videos/593414421380089. Setelah selesai, klik Enter pada papan kekunci (Keyboard) anda. Apa yang perlu dilakukan ialah menukar alamat ke alamat interface asas mudah alih, yang kemudian akan membolehkan anda memuat turun video. Sekiranya anda melakukannya dengan betul, screen akan kelihatan sedikit mengecil, cuba lihat aplikasi Facebook pada browser anda. Nota: Ubah url berwarna merah diatas www. kepada mbasics.
Langkah 3
Klik "Muat turun video berkualiti biasa" atau "Muat turun video HD" (jika ada) untuk mula memuat turun video.
Nota:
Catatan 1: Bila video mula dimainkan dan bukannya memuat turun, maka pada Langkah 3 Klik kanan mouse pada pautan dan "Save video as ..." untuk download video.
Catatan 2: Sekiranya berlaku ralat, periksa apakah video itu umum () dan bukan peribadi (). atau periksa Sambungan Pemuat Video untuk Chrome.
Cara memuat turun video Facebook dari aplikasi (Smartphone)
Sekiranya anda tidak mempunyai komputer, memuat turun dari aplikasi menggunakan telefon anda memerlukan bantuan.
Pertama, anda perlu download aplikasi pihak ketiga (third-party) "Friendly for Facebook" ke telefon anda yang memberikan ciri tambahan kepada aplikasi Facebook. Untuk demonstrasi ini, kita perlu menggunakan aplikasi Friendly for Facebook.
Setelah aplikasi dimuat turun, ia akan meminta anda masuk ke akaun Facebook anda. Log masuk seperti biasa. Kemudian, aplikasi itu akan membuka Facebook dan akan kelihatan seperti anda menggunakan aplikasi Facebook.
Seterusnya, cari video yang ingin anda muat turun. Di bahagian bawah siaran video, anda akan melihat ikon alien kecil di sebelah button kongsi (Share). Klik ikon alien tersebut. Dari menu yang muncul, klik pilihan download Video…. Itu sahaja. Dari situ video akan download dan disimpan terus ke telefon anda.
Wahh tq sharing memang tercari2 cmane nak save video.
ReplyDeleteTQ sbb singgah...
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete