Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia (BSH) 2019
Bilakah tarikh pembayaran "Bantuan Sara Hidup" BSH 2019?
Dulu dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ketika pemerintahan kerajaan terdahulu iaitu Parti Barisan Nasional (BN) dan kini ditukar kepada Bantuan Sara Hidup (BSH).
Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada rakyat golongan B40 dengan penambahbaikan terhadap pemberian bantuan secara lebih bersasar dan bergantung kepada saiz isi rumah mulai Januari 2019.
Kerajaan komited untuk mengkaji semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa supaya selaras dengan peningkatan kos sara hidup rakyat dan akan menambah baik model PGK dengan mengambil kira perubahan corak penggunaan mengikut geografi dan demografi.
Ketika pembentangan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat, di bawah program tersebut, isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 dan isi rumah berpendapatan bulanan dari RM2,001 hingga RM3,000 akan menerima bantuan RM750.
BSH sebanyak RM500 juga akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan dari RM3,001 hingga RM4,000, menurut maklumat tersebut.
Sebagai penambahbaikan, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada empat anak, kecuali anak kurang upaya yang tidak dihadkan umur mereka.
"Sebagai contoh, sekiranya isi rumah berpendapatan bulanan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat anak, maka jumlah BSH yang akan diterimah sebanyak RM1,480. Ini lebih banyak daripada jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada sebanyak RM1,200,". Betul tak?
Nota: KEMASKINI MAKLUMAT BANTUAN SARA HIDUP ANDA klik disini ATAU CETAK MAKLUMAT BORANG BSR disini, LAYARI LAMAN WEB LHDN klik sini.
Comments
Post a Comment
Jika anda suka artikel ini, sila Subscribe Via Email di Bawah ye... πππ..!!!
Maklumat yang terkandung dalam laman Blog ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul atau sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dilarang meniru, copy & paste kandungan dalam laman blog ini.
Komen akan ditapis untuk kesejahteraan bersama, spammer tidak dialu-alukan (spammers are not allowed).
Terima Kasih.
The Blogler (Aku Pakar Blogger).