Cara Mendapat Kelulusan Google AdSense?
Ramai dikalangan penulis blog dan website di luar sana ingin mendapatkan Akaun Adsense yang telah diluluskan. So... maybe... anda pun salah seorang daripadanya yang ada memasang cita-cita dan berminat ingin memohon Adsense untuk menjana pendapatan atau memperolehi sedikit wang (buat duit melalui blog) dari aktiviti blogging (penulisan blog) dan menikmati kehidupan yang anda impikan?
Apa tidaknya? memang itulah impian setiap blogger untuk mendapatkan "Kelulusan Akaun Google Adsense" yang telah diluluskan dan telah melepasi Polisi dan Syarat wajib oleh Google.
Tapi tunggu, sabar ye...
Saya perlu memberitahu anda sesuatu...
Itu tidak mudah...kerana kini Syarat-syarat Google AdSense adalah sangat ketat apabila ia meluluskan permohonan baru. Kebanyakkan pemohon atau blogger baru cuba untuk menipu AdSense untuk mendapatkan kelulusan yang mudah. Tetapi...tidak semudah yang difikirkan.
Jangan risau, anda tidak keseorangan...
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tips cara-cara memohon kelulusan akaun adsense dengan anda berdasarkan pengalaman saya tentang apa yang perlu anda lakukan sebelum memohon program AdSense untuk mendapatkan kelulusan penuh. Sila semak juga di Adsense Help.
Berikut dibawah ada beberapa soalan umum yang mungkin kebiasaannya akan menjadi tanda tanya mengenai Google AdSense adalah:
- Bagaimana untuk memohon Google AdSense?
-
-
Adakah blog saya layak untuk AdSense atau tidak?
-
-
Adakah saya layak memohon Google AdSense?
-
-
Apakah Syarat-syarat dan keperluan Google AdSense?
-
-
Mengapa Google AdSense menolak permohonan saya?
-
-
Apa yang perlu dilakukan sekiranya Google AdSense menolak permohonan saya?
Google AdSense adalah salah satu rangkaian yang telah lama menawarkan penerbitan iklan serta berfungsi di dalam sistem Pay Per Click (PPC).
Apabila bercerita berkaitan tentang legitimasi Google AdSense. Google AdSense mempunyai beribu-ribu rakan kongsi (partner) dan penerbit (Publishers) di seluruh dunia dan mereka menyatakan yang mereka berpuas hati kerana pendapatan Adsense mereka dibayar tepat pada masa yang telah ditetapkan setiap bulan.
Satu lagi sebab kenapa anda disaran untuk memilih Google AdSense adalah kerana kita boleh mendapat sejumlah besar pendapatan yang lumayan jika kita melakukannya dengan cara yang betul. Terdapat ramai blogger terkenal yang telah menikmati kehidupan mewah hasil dari penjanaan wang dengan blog mereka melalui Google AdSense.
Haa...sebab tu lah!, Google AdSense menjadi pilihan nombor satu di antara semua rangkaian sistem program pengiklanan lain.
Adsense membayar dengan kadar yang lebih baik daripada semua rangkaian lain. Oleh kerana sebab itulah ia menjadi alasan kukuh yang sangat popular di kalangan blogger.
Tetapi sejak kebelakangan ini, Google Adsense telah mengubah polisi dan meningkatkan sistem kelulusan yang sangat ketat. Jika anda membuat sedikit kesilapan dan blog anda tidak menepati kriteria dan syarat yang dikehendaki, maka permohonan tersebut akan ditolak atau dibatalkan.
πBerikut adalah beberapa sebab mengapa Google akan menolak permohonan AdSense anda.
"Ini adalah sebab penolakan yang paling biasa dan keperluan Google AdSense yang harus anda ingat sebelum membuat permohonan".
Kandungan artikel yang tidak mencukupi (Thin Content)
Laman web anda tidak mempunyai teks yang cukup untuk pakar Google membuat penilaian dan semakan.
Google sangat menitikberatkan kualiti sesebuah laman web atau blog sebelum menerimanya. Sekiranya kandungan anda kurang kualiti dalam penulisan seperti mempunyai banyak kesalahan dalam tatabahasa, maka Google akan terus menolak blog tersebut.
Bukan sahaja kandungan perlu betul dari segi tatabahasa, ia mestilah unik dan harus memberikan nilai kepada pengguna atau pembaca blog. Oleh itu, sebab utama adalah kandungan pos yang kurang menepati ciri-ciri yang dikehendaki mereka di blog anda.
Reka Bentuk Blog (Web Design)
Apa yang berlaku jika anda melayari laman web dengan latar belakang kuning terang penuh dengan teks putih di atasnya di seluruh setiap bahagian blog. Boleh ke dibaca? ...sudah tentu tidak, dan sudah pasti anda tidak akan melayari laman web tersebut.
Blog yang kurang berkualiti reka bentuk dan sukar bagi pelawat untuk memahami isi kandungannya juga akan ditolak oleh Google AdSense. Anda mesti mempunyai reka bentuk laman web atau blog yang baik dan kemas yang boleh menarik minat dan menghiburkan mata pembaca dan laman web anda juga mestilah kelihatan lebih cantik.
Tiada Tab Dasar Privasi, Perihal Kami atau Hubungi Kami (Tab/ Menu bar)
Terdapat beberapa halaman yang harus anda miliki sebelum memohon Google AdSense jika anda mahu diterima. Ini adalah seperti mengenai dasar privasi dan hubungi kami. Halaman ini memberikan gambaran bahawa anda seorang profesional dan anda juga bekerja mengikut dasar dan privasi Google. Perlu diingat bahawa memiliki halaman privasi juga merupakan salah satu keperluan yang ditekankan sebelum anda memohon Google AdSense.
Laman Web/blog Tidak Mematuhi Dasar Google AdSense (Terms and Conditions)
Tiada kandungan yang kaya (rich content), unik dan bermakna, tiada trafik organik, halaman yang tak asli atau pengalaman pengguna yang teruk melalui navigasi, organisasi yang sangat jelas.
Laman web yang mendorong lalu lintas pelawat melalui sumber illegal, selain itu laman web dengan kata kunci yang berlebihan atau reka bentuk yang kurang menepati syarat biasanya ditolak.
Oleh itu, anda memerlukan panduan lengkap dan senarai perkara yang perlu anda lakukan sebelum memohon akaun Google AdSense.
π7 PERKARA YANG PERLU DITITIKBERATKAN SEBELUM MEMOHON ADSENSE
1. Tulis Kandungan Berkualiti Tinggi
Perkara # 1 yang perlu anda lakukan sebelum memohon Google AdSense adalah menulis kandungan artikel berkualiti tinggi. Ini adalah perkara yang sangat penting dan anda tidak boleh abaikan. Itu yang saya maksudkan!
Kandungan yang berkualiti tinggi ...
- Tajuk yang betul dengan senarai sasaran
- Bebas dan asli
- Tiada kesalahan tatabahasa dan ejaan
- Sudah cukup lama
- Berguna dan bermaklumat
- Sumber yang bermanfaat
2. Buat halaman (Privasi/ Disclaimer) untuk blog anda
Salah satu kesilapan biasa yang kebanyakan blogger baru. Walaupun ada yang mengatakan tak perlu memiliki dasar privasi untuk blog kerana perkara tersebut tak masuk akal tetapi anggapan mereka itu salah. (Panduan berguna untuk buat Dasar Privasi mudah untuk blog anda).
Perkara pertama yang anda perlukan untuk memohon Google Adsense ialah membuat dasar privasi blog atau laman web anda. Sekiranya anda tidak memilikinya, anda akan gagal untuk mendapatkan kelulusan yang mudah.
Dasar privasi ini bermaksud anda bukan seorang penipu dan itu adalah sebagai rasa tanggungjawab sosial anda. Google akan menyemak syarat-syarat yang lain sekiranya anda ada mempunyai dasar ini. Privasi sebenarnya menerangkan kepada pembaca mengenai apa yang mereka boleh lakukan di blog anda berkaitan perkara yang patut mereka lakukan dan apa yang mereka tidak patut lakukan (Melanggar hak peribadi):- contohnya meniru, menyalin, copy & paste maklumat konten anda).
Jadi, jelas tidak ada yang musykil tentang mempunyai dasar privasi. Kerana ia akan mempengaruhi bagaimana proses kelulusan Adsense anda, tiada pilihan anda perlu melakukannya. Anda boleh menulisnya sendiri atau mencari contoh Dasar Privasi melalui blog orang lain (tidak perlu peguam pun...).
3. Menyediakan halaman (About Me)
Halaman Perihal mempunyai peranan dan kepentingan utama walaupun anda tidak berhasrat untuk memohon untuk AdSense. Tetapi apabila ia berkaitan dengan permohonan AdSense, ini juga peluang untuk mendapat kelulusan jika anda memaparkan halaman ini. Perihal halaman juga akan menggambarkan diri penulis dan juga blog penulis. Ini bukan sahaja membantu anda menjalin hubungan dengan pembaca tetapi juga akan mempercayainya.
4. Menyediakan halaman (Contact Us)
Sudah jelas bahawa setiap orang mempunyai pandangannya sendiri. Maka lebih baik memberi mereka kesempatan untuk bersuara dan bagaimana perasaan mereka tentang blog anda. Buatkan halaman kenalan, kalau boleh tambah pautan e-mel.
Jika boleh anda dapatkan beberapa alamat e-mel profesional seperti mshah@outlook.com atau mshah@gmail.com dan pautan profil sosial media anda juga. Sebab ini akan memberitahu Google yang anda sememangnya menjaga hak dan privasi pembaca, pelanggan atau pelawat anda, dan anda bersedia membantu mereka. Mereka boleh menghubungi anda pada bila-bila masa. Ia juga akan memberitahu Google selain itu juga perkara tersebut akan memperlihatkan laman web anda lebih nampak profesional dan juga sebenarnya anda sentiasa peduli akan pembaca bukannya untuk menperoleh wang dari AdSense semata-mata.
5. Menyediakan Halaman (Menu Navigasi)
(Satu langkah penting) Google AdSense menyebutkan memberitahu dalam e-mel berkenaan penolakan mereka kerana laman web anda harus mempunyai menu navigasi yang jelas untuk membantu pembaca mencari halaman dalam laman web anda dan mengakses kandungan tersebut (sebelum anda berhasrat untuk memohon Adsense). So..., apa yang perlu anda lakukan ialah untuk mengolah menu tab dengan menambah semua kategori dan halaman penting contohnya seperti- Tentang kami (About Us), Hubungi kami (Contact Us), Dasar Privasi (Disclaimer) untuk tambahan seperti (Sitemap)untuk membantu pembaca anda dengan mudah mencari kandungan yang mereka cari. Semakin banyak idea untuk meningkatkan pengalaman pembaca anda, maka lebih tinggi peluang anda.
6. Menyediakan atau mempunyai sekurang-kurangnya 40-60 Posts
Jumlah minimum post entri sebelum memohon AdSense? setakat ini tiada lagi jawapan yang kukuh mengesahkan berapa banyak jumlah post. Jika nak diikutkan blog yang sangat mantap adalah tidak kurang dari 300+ posts. (sebagai Contoh). Oleh yang demikain, apa yang saya ingin katakan tidak disini adalah blog anda seharusnya perlu mantap terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk memohon kelulusan akaun Google Adsense. Walau bagaimanapun, mengikut pengalaman saya...paling awal pun masa terbaik untuk memohon akaun AdSense adalah apabila anda mempunyai sekurang-kurangnya 40-60 post yang berkualiti. Panjang catatan blog anda hendaklah sekurang-kurangnya 400-600 patah perkataan. Usia blog anda juga sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih baik setahun keatas.
7. Mengemaskini Reka Bentuk Blog Anda
Sebagaimana disebutkan sebelumnya, anda perlu merancang reka bentuk (design) blog anda. Ia mestilah nampak seolah-olah seperti galeri foto yang kemas. Reka bentuk yang bersih, tersusun dan nampak seperti blogger profesional yang akan menarik perhatian pihak Google.
Kesimpulan: Apabila pembaca melawat laman web/blog apa perkara pertama yang mereka akan cari atau lihat? Ia adalah reka bentuk blog. Ini akan memberi kesan pertama yang baik kepada pembaca blog anda. Reka bentuk (Web Design) blog anda adalah perkara yang paling asas selain kandungan (konten). Ini juga mewakili kepakaran, pengalaman, dan profesionalisme anda.
***So...berhati-hatilah kerana semua perkara tersebut diatas jika diabaikan mungkin akan membunuh peluang anda untuk mendapatkan kelulusan Google AdSense.
π Selamat membaca dan semoga berjaya...
Comments
Post a Comment
Maklumat yang terkandung dalam laman Blog ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul atau sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dilarang meniru, copy & paste kandungan dalam laman blog ini.
Komen akan ditapis untuk kesejahteraan bersama, spammer tidak dialu-alukan (spammers are not allowed).
Terima Kasih.
The Blogler (Aku Pakar Blogger).