Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar
- Get link
- X
- Other Apps
Bagaimana Membuat Jadual Mesyuarat Google Meet Guna Google Calendar
Google Meet adalah platform kolaborasi yang hebat, terutama bagi mereka yang berada dalam sesuatu kumpulan atau pasukan yang telah dijadualkan untuk bekerja dari rumah. Sepertimana apa yang mungkin anda bayangkan, aplikasi ini juga boleh digabungkan sangat lancar dengan aplikasi G Suite yang lain seperti Gmail dan Google Calendar, selain itu anda bukan sahaja dapat menghantar jemputan melalui aplikasi tersebut tetapi anda juga boleh menjadualkan sesi Mesyuarat yang akan datang berdasarkan ketersediaan rakan-rakan dalam pasukan anda. Pada masa ini hanya pelanggan G Suite berbayar yang dapat menjadualkan sesi Google Meet.
Cara menjadualkan Google Meet di Kalendar Google di telefon bimbit (Mobile)
1. Buka aplikasi Google Calendar pada telefon pintar atau tablet anda.
2. Klik butang + pelbagai warna di kanan bawah skrin.
3. Klik pada "Event".
4. Skrol ke bawah, dan klik "Add conferencing".
5. Klik "Google Meet".
6. Tetapkan waktu, tambahkan peserta, dan tetapkan peringatan pemberitahuan (notification reminder).
Cara menjadualkan Google Meet di Google Calender di penyemak imbas (Browser / Desktop)
1. Buka Kalendar Google di penyemak imbas web anda.
2. Klik pada butang Create + di sudut kiri atas.
3. Semasa anda membuat Event, klik Add Google Meet video conferencing.
4. Mula menambahkan kolaborator ke mesyuarat. Anda boleh mengklik Lihat ketersediaan tetamu atau masa yang dicadangkan untuk memilih waktu perjumpaan yang sesuai untuk semua yang terlibat, dengan syarat kalendar mereka adalah versi update terkini.
5. Sekiranya anda ingin menambah untuk nota, jadikan ini sebagai jemputan berulang, atau atur sebagai bilik mesyuarat peribadi, klik pada butang Pilihan lain di bahagian bawah jemputan.
6. Setelah selesai, klik Save.
7. Tetingkap popup akan timbul untuk bertanya kepada anda jika anda ingin menghantar e-mel jemputan mesyuarat kepada para peserta mesyuarat. Klik "Send".
Akhir kata: Memang sangat mudah kann....so sekarang anda sudah boleh mula merancang bila tarikh yang sesuai untuk mesyuarat. Walaupun semasa anda berada di luar kawasan dan selain itu anda juga boleh menyusun agenda untuk mesyuarat tersebut.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment
Maklumat yang terkandung dalam laman Blog ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul atau sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dilarang meniru, copy & paste kandungan dalam laman blog ini.
Komen akan ditapis untuk kesejahteraan bersama, spammer tidak dialu-alukan (spammers are not allowed).
Terima Kasih.
The Blogler (Aku Pakar Blogger).