Penulisan SEO: Tip, Alat dan Teknik

Image
Tip Menulis Konten SEO untuk Beginners Pengertian Penulisan SEO Utama : Penulisan SEO merujuk kepada jenis penulisan yang bertujuan membantu tapak web meningkatkan keterlihatan mereka dalam talian. Lebih 74,000 istilah carian individu sedang ditaip ke dalam Google setiap saat. Penulisan SEO bukan sahaja memperkatakan tentang padanan kata kunci, ia juga melibatkan menawarkan penyelesaian kepada jawapan kepada pertanyaan pengguna atau pembaca tapak web anda. Enam puluh tujuh peratus daripada semua klik pergi ke lima hasil organik pertama. Penulisan SEO membantu meningkatkan peluang halaman untuk mendapat kedudukan tinggi di SERP. Kedudukan di Google SERP dan enjin carian lain bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tiada siapa yang mengatakan ia mustahil. Dengan alatan dan pengetahuan penulisan SEO yang betul, anda boleh meningkatkan peluang halaman tapak anda untuk mendapat kedudukan di SERP. Baca panduan ringkas ini dan pelajari kepentingan penulisan SEO dan cara melakukannya. Semak juga d

Fakulti AI Pertama Malaysia ditubuhkan di UTM

UTM Tubuh Fakulti AI Pertama di Malaysia

Fakulti AI Pertama Malaysia ditubuhkan di UTM


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sedang membangunkan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama di Malaysia sebagai satu daripada usaha memenuhi keperluan semasa. Semak juga di UTM Portal.


Malaysia perlu bergerak pantas untuk menerajui bidang tujahan masa hadapan selari dengan ledakan transformasi digital global.


YAB Perdana Menteri pada ketika pembentangan Belanjawan 2024 yang bertemakan “Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” bagi menubuhkan Pusat Pengajian Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence ) Pertama Negara iaitu Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan peruntukan awal bernilai RM20 juta.


UTM juga merupakan universiti awam yang mempelopori bidang ini dengan meluas dan mempunyai pusat kecemerlangan seperti Pusat Kecemerlangan Kepintaran Buatan dan Robotik (CAIRO), Pusat Data Raya (BDC), Pusat Penyelidikan Kardiovaskular IJN-UTM, Institut Kejuruteraan Berpusatkan Manusia (iHumEn) dan Institut Sistem Kenderaan dan  Kejuruteraan (IVeSE).


Tenaga pakar ini terdiri daripada ahli akademik dari Fakulti Komputeran, Fakuti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Tenaga, Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Fakulti Alam Bina dan Ukur,  Jabatan Matematik – Fakulti Sains, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak dan Fakulti Pengurusan.


Penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) ini akan bercorak multi-disiplin yang mampu menjadikan kecerdasan buatan sebagai pemangkin kepada inovasi dalam pelbagai bidang, antaranya industri pembuatan, kewangan, kesihatan, pertanian, tenaga boleh diperbaharui, keselamatan, ekonomi dan perubahan iklim.


"Pembangunan dan kurikulum AI telah dikenal pasti menepati keperluan industri, 

melibatkan pakar-pakar bidang AI serta seiring dengan Pelan Hala Tuju Kecerdasan 

Buatan Negara 2021-2025 yang dirangka oleh Kementerian Sains, Teknologi dan 

Inovasi (MOSTI).


Comments

Popular Posts

Apakah Maksud Kelajuan Internet Mbps dan Kbps

Cara Hack Wifi Password Guna Telefon/ Smartphone/ Apps

Bagaimana Ketahui Phone Kena Hacked

Cara Membuka UnLock Pattern Android, PIN Kata Laluan

Cara Padam Akaun Instagram