Penulisan SEO: Tip, Alat dan Teknik

Image
Tip Menulis Konten SEO untuk Beginners Pengertian Penulisan SEO Utama : Penulisan SEO merujuk kepada jenis penulisan yang bertujuan membantu tapak web meningkatkan keterlihatan mereka dalam talian. Lebih 74,000 istilah carian individu sedang ditaip ke dalam Google setiap saat. Penulisan SEO bukan sahaja memperkatakan tentang padanan kata kunci, ia juga melibatkan menawarkan penyelesaian kepada jawapan kepada pertanyaan pengguna atau pembaca tapak web anda. Enam puluh tujuh peratus daripada semua klik pergi ke lima hasil organik pertama. Penulisan SEO membantu meningkatkan peluang halaman untuk mendapat kedudukan tinggi di SERP. Kedudukan di Google SERP dan enjin carian lain bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tiada siapa yang mengatakan ia mustahil. Dengan alatan dan pengetahuan penulisan SEO yang betul, anda boleh meningkatkan peluang halaman tapak anda untuk mendapat kedudukan di SERP. Baca panduan ringkas ini dan pelajari kepentingan penulisan SEO dan cara melakukannya. Semak juga d

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .Com

Cara Setting Custom Domain Blogger

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri


"Beralih ke Domain baru dari blogspot.com ke yourblog.com". Adakah anda tahu bahawa anda boleh menukar atau mengubah setting alamat laman blogger/blogspot anda? Bertukar dari subdomain blogger https://yourblogname.blogspot.com kepada https://www.yourblog.com. Bagi anda yang tidak pernah tahu bagaimana menetapkannya, dibawah saya akan kongsikan dan menunjukkan kepada anda cara-cara bagaimana langkah demi langkah untuk menetapkan dalam https://www.blogger.com (blogspot). Sila semak di Blogger Help.

Anda tak perlu risau... mempunyai nama domain anda sendiri adalah untuk memperlihatkan blog blogger anda akan kelihatan lebih profesional. Hmmm...biar betul saya ni, tiba-tiba berkongsi tutorial tentang cara nak ubah domain name, tapi blog saya sendiri pun masih guna blogspot.com. He..he...anda jangan salah faham!, saya lebih selesa guna blogspot.com... sebab apa?, ia percuma, kalau guna Domain Name sendiri tiap-tiap tahun nak kena renew semula...ha...ha..ha...

Dulu saya dah guna domain .com ni, tapi blog tu dah delete sebab tiada masa nak update dan terbiar bersawang begitu jer. Haa...Ilmu itulah yang saya nak share dengan anda hari ni. Ok..takpelah saya guna blogspot je kot...jom mari baca lebih lanjut lagi cara-cara nak setup dibawah.

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

Selain itu memiliki domain name sendiri bermaksud anda boleh memindahkannya ke mana saja. Jika anda memutuskan untuk bertukar dari Blogger ke platform blogging lain atau membuat keputusan mungkin suatu hari nanti anda ingin beralih angin untuk menukar jenama blog anda kepada sesuatu yang sedikit berbeza seperti bertukar kepada platform WordPress.com dan sebagainya, anda boleh melakukannya sendiri dengan mudah (mengetahui sedikit pemahaman teknikal tentang IT, web).  

Laman web/ blog anda kelihatan lebih profesional dan menunjukkan bahawa anda ingin berblogging dengan lebih serius lagi. Dengan cara ini lebih mudah untuk orang lain ingat nama dan alamat domain anda, betul tak?

Anda boleh menyediakan alamat e-mel anda sendiri menggunakan nama domain untuk lebih konsisten.

Panduan Untuk Persediaan Domain Custom BlogSpot
Kebanyakan orang akan bermula dengan blog / laman web mereka dengan BlogSpot percuma. Selain itu, anda mendapat storan dan jalur lebar tanpa had untuk laman web anda. Penyimpanan secara tidak teknikal sepenuhnya dan tanpa terhad.

Pada asasnya Blogspot mempunyai domain seperti yourblog.blogspot.com. So.. mengapa kita perlu mempunyai domain tersuai ?. Biasanya, permasalahan di Blogspot sering ditimbulkan dan dilakukan oleh spammer.

Cuba lihat panduan lengkap untuk Blogspot dengan Nama Domain Custom anda di Cynet
Pertama mula-mula terlebih dahulu kita harus mempunyai domain untuk merujuk ke blogspot.com. Jika anda tidak mempunyai domain, anda mempunyai banyak pilihan untuk membeli domain dari Cynet (atau mana-mana syarikat pembekal Web Hosting) dengan kos tahunan sekitar RM45 dan ke atas. Contohnya anda membeli domain .com, .info, atau .org. Anda boleh klik pautan berikut untuk melayari πŸ‘‰ Cynet.com dan membeli domain.

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

Sekarang anda telah menyiapkan satu perkara (mendaftar nama domain) dan seterusnya...πŸ‘‰ setup domain anda.

Akses kepada butiran domain anda
Masuk ke blogger.com, dan Pergi ke Settings-> Basic. Di bawah bahagian Publisher klik pada + Setup a 3rd party URL untuk pautan blog anda. Sila semak di Blogger Help


Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri
Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

Dimana nak setting untuk mengubah domain name anda dan nama host seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Sila semak dan rujuk blog: Hostinger Tutorials.

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

Dibawah menunjukkan Dashboard Cpanel setup Domain Name dari syarikat dimana anda membelinya seperti CYNET.COM. Anda boleh juga semak cara setting CPanel Dashboard domain sila semak di Google Domain Help untuk mengetahui lebih lanjut.


Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

Cara Bertukar Domain Blogspot ke Domain .com Sendiri

πŸ‘‰*Setelah rekod diubah suai tunggu sekurang-kurangnya beberapa minit dan kemudian klik "Save" lagi di Blogger. Semak juga di πŸ‘‰ Blogger Help.

Nota: Tahniah! nama domain peribadi anda telah siap dikemaskini. Kemudian seterusnya pergi ke Setting Blogger semula dan klik untuk menandai tanda "Redirect blogspot.com ke www.domain.com."

πŸ˜ƒπŸ‘‰Sekarang semak blog anda yang telah diubah (redirect) dari https://yourblogname.blogspot.com ke domain https://www.yourblogname.com yang lebih kelihatan profesional.

Comments

  1. Alhamdulillah selama 8tahun dalam blogging, tahun ni baru tukar domain sendiri. Sebab nampak relevan blog semakin cerah. Dulu tak yakin nak teruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha allah... mudah-mudahan di atas minat, komitmen dan berkat usaha...

      Delete

Post a Comment

Maklumat yang terkandung dalam laman Blog ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.

Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul atau sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dilarang meniru, copy & paste kandungan dalam laman blog ini.

Komen akan ditapis untuk kesejahteraan bersama, spammer tidak dialu-alukan (spammers are not allowed).

Terima Kasih.

The Blogler (Aku Pakar Blogger).

Popular Posts

Apakah Maksud Kelajuan Internet Mbps dan Kbps

Cara Hack Wifi Password Guna Telefon/ Smartphone/ Apps

Bagaimana Ketahui Phone Kena Hacked

Cara Membuka UnLock Pattern Android, PIN Kata Laluan

Cara Padam Akaun Instagram