Cara Buat Screenshot Menggunakan Alat Snip & Sketch Atau Snipping Tools Windows 10
- Get link
- X
- Other Apps
Bagaimana Screenshot/ Tangkapan Skrin pada Windows 10, Windows 11, Windows 8.1, Windows 7
πTekan papan kekunci logo Windows + Shift + S. Desktop akan menjadi gelap semasa anda memilih untuk buat bahagian tangkapan skrin (ScreenShot). Semak juga di π Microsoft Support.
Mod segi empat tepat dipilih secara default. Anda boleh menukar bentuk screenshot dengan memilih salah satu daripada pilihan berikut dalam toolbar:π Rectangle Mode, Window Mode, Full Screen Mode dan Freeform Mode.
Tangkapan skrin disalin secara automatik ke Clipboard. Notification juga akan muncul setelah anda selesai mengambil tangkapan skrin, pilih untuk pilihan pengeditan.
Snip & Sketch ialah cara yang
lebih mudah untuk menangkap (Screenshot) kawasan tertentu pada skrin anda dan membuat
notasi pada imej sebelum menampalnya terus ke dalam mana-mana aplikasi,
dokumen, e-mel dan lain-lain.
Untuk menggunakan Alat Snipping dengan menggunakan tetikus:
Untuk membuka Alat Snipping, pilih START, taip dan cari alat snipping, kemudian pilih daripada hasil carian. Semak juga di πMicrosoft Support.
Pilih "New" untuk mengambil tangkapan skrin yang baru.
Cara Menggunakan Snip & Sketch
1. Klik Windows + Shift + S atau cari dalam taskbar.
2. Menu kecil akan dibuka di bahagian atas skrin anda.
3. Pilih jenis tangkapan skrin yang anda mahu: pemilihan segi empat tepat, bentuk bebas, seluruh tetingkap atau skrin penuh.
4. Sebaik sahaja anda mengambil tangkapan skrin anda, ia akan disimpan ke Clipboard. (lihat tips teknikal cara untuk mengakses sejarah Clipboard anda).
Jika anda membuka Snip & Sketch daripada menu START atau selepas pin apl pada toolbar, ia akan membuka aplikasi berikutnya tetapi bukan menu dan anda perlu memilih pilihan yang baru.
Pintasan papan kekunci sahaja jika anda hanya perlu menangkap bahagian tertentu pada skrin, tetapi dengan apl lebih baik jika ingin menganotasi tangkapan skrin dengan menyerlahkan teks, atau menambah ulasan.
π Nota: Jika anda biasa menggunakan Alat Snipping (Windows) yang lama, saya mengesyorkan anda beralih kepada Snip & Sketch. Alat Snipping tersebut tidak menyimpan tangkapan skrin secara automatik dan tidak diketahui akan disertakan dalam kemas kini Windows pada masa akan datang.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment
Maklumat yang terkandung dalam laman Blog ini hanya untuk tujuan maklumat umum sahaja.
Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan termasuk tanpa had, kehilangan atau kerosakan secara langsung atau tidak langsung atau apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul atau sesuatu yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini. Dilarang meniru, copy & paste kandungan dalam laman blog ini.
Komen akan ditapis untuk kesejahteraan bersama, spammer tidak dialu-alukan (spammers are not allowed).
Terima Kasih.
The Blogler (Aku Pakar Blogger).