Penulisan SEO: Tip, Alat dan Teknik

Image
Tip Menulis Konten SEO untuk Beginners Pengertian Penulisan SEO Utama : Penulisan SEO merujuk kepada jenis penulisan yang bertujuan membantu tapak web meningkatkan keterlihatan mereka dalam talian. Lebih 74,000 istilah carian individu sedang ditaip ke dalam Google setiap saat. Penulisan SEO bukan sahaja memperkatakan tentang padanan kata kunci, ia juga melibatkan menawarkan penyelesaian kepada jawapan kepada pertanyaan pengguna atau pembaca tapak web anda. Enam puluh tujuh peratus daripada semua klik pergi ke lima hasil organik pertama. Penulisan SEO membantu meningkatkan peluang halaman untuk mendapat kedudukan tinggi di SERP. Kedudukan di Google SERP dan enjin carian lain bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tiada siapa yang mengatakan ia mustahil. Dengan alatan dan pengetahuan penulisan SEO yang betul, anda boleh meningkatkan peluang halaman tapak anda untuk mendapat kedudukan di SERP. Baca panduan ringkas ini dan pelajari kepentingan penulisan SEO dan cara melakukannya. Semak juga d...

Tips Mempercepatkan Blog atau Laman Web Diindeks Oleh Google

Tips Mempercepatkan Blog atau Laman Web Diindeks Oleh Google

Cara Paling Pantas Indeks Laman Web di Enjin Carian

Laman web indeks di Google:  apa yang anda perlu tahu, dan adakah anda tahu bahawa ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum Google memutuskan untuk mengindeks blog anda? Malah, ada sesetengah laman web mengambil masa yang lama untuk mendapatkan blog baru mereka diindeks oleh Google.


Tips Mempercepatkan Blog atau Laman Web Diindeks Oleh Google


Jika anda ingin laman blog atau web anda diindeks dalam beberapa hari, anda perlu melakukan perkara- perkara berikut:

1. Mendaftar url blog  ke - Google Webmaster Tools (GWT) adalah tempat di mana anda boleh mengumpul data dan beberapa maklumat tentang blog anda. Google secara automatik akan memberitahu anda sama ada anda mempunyai apa-apa isu dengan laman web anda atau tidak. Ia adalah tempat yang terbaik untuk anda mula pengumpulan data sebab saya pun menggunakan GWT. Oleh itu saya sarankan supaya anda menambah blog anda ke Google Webmaster Tools. Jangan ragu-ragu untuk mengunjungi Webmaster Tools sebulan sekali untuk memastikan bahawa Google masih "suka" blog dan segala hasil kerja anda yang baik dan relevan kepada pembaca.

Tips Mempercepatkan Blog atau Laman Web Diindeks Oleh Google


Selepas menambah laman blog anda harus menggunakan pilihan yang dipanggil "Ambil sebagai Google" (fetch as Google) lihat screenshot dibawah ini penting bagi memastikan bahawa setiap halaman blog anda akan diindeks oleh Google. Apa yang saya maksudkan dengan "diindeks" adalah pelawat yang menggunakan enjin carian Google mampu untuk mencari blog anda melalui rentetan carian mereka.

2. Daftar url blog ke Bing Webmaster Tools - Ini adalah sama dengan GWT, tetapi dibuat oleh Yahoo dan Bing search engine. Jadi, daripada hanya menggunakan GWT, saya cadangkan anda untuk menambah blog anda ke Bing juga. Fungsi alat Bing adalah sama seperti GWT.


Tips bagaimana mempercepatkan blog atau laman web diindeks oleh Google


Penjelasan:
Jika laman web atau blog anda muncul keluar pada carian Google, kini anda boleh menarik nafas lega kerana blog anda telah diindeks oleh enjin carian Google. Anda juga boleh menggunakan rentetan carian yang sama pada Bing dan Yahoo juga, tetapi perlu diingat bahawa engin carian mereka agak perlahan berbanding Google. Oleh itu, dalam tempoh masa daripada 2 hari, tunggu selama seminggu atau lebih.

Namun begitu, jika anda masih tidak melihat blog anda di Google, jangan panik kerana laman web anda akan diindeks walaupun cepat atau lambat sekiranya anda tidak melanggar Terma dan Syarat Google.

Comments

Popular Posts

Apakah Maksud Kelajuan Internet Mbps dan Kbps

Cara Hack Wifi Password Guna Telefon/ Smartphone/ Apps

Bagaimana Ketahui Phone Kena Hacked

Cara Membuka UnLock Pattern Android, PIN Kata Laluan

Cara Padam Akaun Instagram