Penulisan SEO: Tip, Alat dan Teknik

Image
Tip Menulis Konten SEO untuk Beginners Pengertian Penulisan SEO Utama : Penulisan SEO merujuk kepada jenis penulisan yang bertujuan membantu tapak web meningkatkan keterlihatan mereka dalam talian. Lebih 74,000 istilah carian individu sedang ditaip ke dalam Google setiap saat. Penulisan SEO bukan sahaja memperkatakan tentang padanan kata kunci, ia juga melibatkan menawarkan penyelesaian kepada jawapan kepada pertanyaan pengguna atau pembaca tapak web anda. Enam puluh tujuh peratus daripada semua klik pergi ke lima hasil organik pertama. Penulisan SEO membantu meningkatkan peluang halaman untuk mendapat kedudukan tinggi di SERP. Kedudukan di Google SERP dan enjin carian lain bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi tiada siapa yang mengatakan ia mustahil. Dengan alatan dan pengetahuan penulisan SEO yang betul, anda boleh meningkatkan peluang halaman tapak anda untuk mendapat kedudukan di SERP. Baca panduan ringkas ini dan pelajari kepentingan penulisan SEO dan cara melakukannya. Semak juga d

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar

Bagaimana Membuat Jadual Mesyuarat Google Meet Guna Google Calendar

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar


Google Meet adalah platform kolaborasi yang hebat, terutama bagi mereka yang berada dalam sesuatu kumpulan atau pasukan yang telah dijadualkan untuk bekerja dari rumah. Sepertimana apa yang mungkin anda bayangkan, aplikasi ini juga boleh digabungkan sangat lancar dengan aplikasi G Suite yang lain seperti Gmail dan Google Calendar, selain itu anda bukan sahaja dapat menghantar jemputan melalui aplikasi tersebut tetapi anda juga boleh menjadualkan sesi Mesyuarat yang akan datang berdasarkan ketersediaan rakan-rakan dalam pasukan anda. Pada masa ini hanya pelanggan G Suite berbayar yang dapat menjadualkan sesi Google Meet.


Cara menjadualkan Google Meet di Kalendar Google di telefon bimbit (Mobile)


1. Buka aplikasi Google Calendar pada telefon pintar atau tablet anda.


2. Klik butang + pelbagai warna di kanan bawah skrin.


3. Klik pada "Event".


4. Skrol ke bawah, dan klik "Add conferencing".

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar


5. Klik "Google Meet".


6. Tetapkan waktu, tambahkan peserta, dan tetapkan peringatan pemberitahuan (notification reminder).

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar



Sila download di  πŸ‘‰Google Play Store.


Cara menjadualkan Google Meet di Google Calender di penyemak imbas (Browser / Desktop)


1. Buka Kalendar Google di penyemak imbas web anda.


2. Klik pada butang Create + di sudut kiri atas.


3. Semasa anda membuat Event, klik Add Google Meet video conferencing.

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar


4. Mula menambahkan kolaborator ke mesyuarat. Anda boleh mengklik Lihat ketersediaan tetamu atau masa yang dicadangkan untuk memilih waktu perjumpaan yang sesuai untuk semua yang terlibat, dengan syarat kalendar mereka adalah versi update terkini.

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar


5. Sekiranya anda ingin menambah untuk nota, jadikan ini sebagai jemputan berulang, atau atur sebagai bilik mesyuarat peribadi, klik pada butang Pilihan lain di bahagian bawah jemputan.

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar


6. Setelah selesai, klik Save.


7. Tetingkap popup akan timbul untuk bertanya kepada anda jika anda ingin menghantar e-mel jemputan mesyuarat kepada para peserta mesyuarat. Klik "Send".

Cara Menjadualkan Perjumpaan Google Meet di Google Calendar


Menjadualkan jemputan Google Meet di Kalendar Google melalui penyemak imbas web adalah pengalaman yang hampir sama dengan melakukannya di aplikasi mudah alih, mungkin bezanya anda boleh klik dengan lebih cepat pada papan kekunci. Selain itu, jika anda ingin menambahkan fail atau nota yang tidak tersedia di telefon anda, untuk itu anda boleh melakukannya dengan mudah dari desktop atau komputer riba anda. Mungkin anda akan berfikir alangkah lebih mudah untuk melihat siapa yang ada dan juga bila mereka berada di skrin komputer daripada telefon pintar anda.


Akhir kata: Memang sangat mudah kann....so sekarang anda sudah boleh mula merancang bila tarikh yang sesuai untuk mesyuarat. Walaupun semasa anda berada di luar kawasan dan selain itu anda juga boleh menyusun agenda untuk mesyuarat tersebut.

Comments

Popular Posts

Apakah Maksud Kelajuan Internet Mbps dan Kbps

Cara Hack Wifi Password Guna Telefon/ Smartphone/ Apps

Bagaimana Ketahui Phone Kena Hacked

Cara Membuka UnLock Pattern Android, PIN Kata Laluan

Cara Padam Akaun Instagram