Platform Pemasaran Internet Marketing Terbaik untuk Usahawan dan Pengiklan
Zyan Marketing adalah merupakan platform digital marketing yang dipelopori oleh seorang anak muda Malaysia yang telah menjalankan internet marketing sepenuh masa dan berkecimpung dalam industri pemasaran Afiliasi (Affiliate Marketing) dalam talian. Platform gabungan ZM adalah platform keusahawanan bagi calon usahawan untuk mengembangkan kemahiran dan rangkaian mereka. Untuk pengiklan dan perniagaan, ZM memberikan nilai maksimum untuk setiap wang ringgit untuk pemasaran kerana afiliasi ZM hanya diberi ganjaran untuk hasil yang berjaya (Cth. Petunjuk, penjualan & pembelian). Ekosistem komprehensif ini tersedia untuk semua pengiklan dan pemasaran.
Pemasaran afiliasi adalah pendekatan pembahagian hasil bagi pengiklan untuk memanfaatkan dan memberi ganjaran kepada sekutu untuk setiap petunjuk atau transaksi yang berjaya. Teknologi mudah alih yang digunakan Zyan Marketing menjejaki hasil dalam talian hingga luar talian dan memanfaatkan promosi oleh ahli gabungan untuk menargetkan prospek.
Zyan Marketing mengintegrasikan prinsip dan struktur Syariah untuk memastikan operasi dan aktiviti perniagaan syarikat sesuai dengan peraturan tadbir urus Syariah. Sebagai contoh, korang nak tau, sebab ia adalah ‘Sistem Penapisan Halal’ akan dilaksanakan khusus untuk afiliasi Muslim, dan pedagang mengikut sistem Syariah.
PANDUAN AFFILIATE KHAS UNTUK NEWBIE "BUAT DUIT ONLINE PERCUMA DENGAN AFFILIATE" - Info dan Panduan BUAT DUIT ONLINE dengan AFFILIATE untuk newbie / Usahawan Baru Internet - Senarai PROGRAM AFFILIATE yang terdapat DI MALAYSIA - Affiliate produk fizikal - "Affiliate Produk Digital".
Buat duit online dengan sistem Affiliate. Korang pernah dengar tak pasal affliate? Aku percaya ramai newbie tak tau pun apa itu affiliate sebab aku dulu pun camtu jugak. Kalau pegi tanya pakcik google macam-macam definasi keluar tapi maksudnya sama jer...
Secara ringkasnya Affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mengiklankan produk di internet. Program Affiliate ialah apabila korang menjadi orang tengah (agen)mempromosikan produk orang lain melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate korang.
Bayangkan macam gini la... aku ada jual produk kecantikan. Disebabkan aku nak luaskan lagi pasaran produk kecantikan aku ni maka aku buka tawaran untuk jadi agen. Lepas tu...ada orang bernama Makcik Kiah berminat nak jadi agen. Dia register jadi agen aku dan promosi produk kecantikan aku tu. Makcik Kiah promosi pakai iklan FLYER / BROCHURE atau LINK yang telah aku sediakan. Makcik Kiah jugak tak bayar satu sen pun untuk jadi agen aku tu.
So... Jika ada orang nak beli produk kecantikan aku tu dia cuma fowardkan je customer tu kat aku. Produk kecantikan, payment, packaging, pos semua aku buat. Bila produk kecantikan aku tu berjaya dijual maka aku pun bayar komisen kat Makcik Kiah ler...
Jadi berdasarkan situasi diatas:
πAffilate Marketer - Makcik Kiah
πAffiliate Manager - Aku ler...
πLink Affiliate - FLYER / BROCHURE
Sistem affiliate adalah satu sistem yang unik yang mana pihak affiliate manager boleh jejak rekod jualan, rekod komisen, rekod klik setiap agen affiliate mereka berdasarkan id (pengenalan).
Contoh affiliate-affiliate link adalah seperti berikut:
πhttps://zyanonlinemarketing.onpay.my/order/form/rahsiaecom1/makcikkiah
Kalau korang jumpa link macam ni...itu maknanya affiliate link untuk menjana komisen. Part last sekali yang saya warnakan biru tu adalah id. Setiap affiliate marketer mempunyai id yang berbeza jadi melalui id inilah pihak affiliate manager boleh mengenalpasti siapa yang membuat jualan.
Nota: ID ni biasanya korang boleh reka sendiri semasa daftar dengan sistem affiliate. Ikut suka le korang nak taruk apa.
Bagus ni, salah satu sumber pendapatan secara online, rajin kompom berlipat ganda muainya...
ReplyDelete