Buat Responsive Dynamic View Sitemap Untuk Blogger
Tutorial: Sitemap merupakan satu kaedah dan cara yang lebih efektif supaya googlebot atau robots lebih mudah untuk crawl dan index URL HALAMAN (Post Entry) blog anda. Sitemap ini selalunya diletakkan diatas header blog atau dalam menu bar.
Fail XML Sitemap adalah senarai semua Halaman yang wujud di laman web atau blog anda. Enjin carian seperti Google dan Bing boleh menggunakan fail sitemap untuk mencari halaman kerana Googlebots (robots) carian mungkin akan terlepas semasa crawl laman web anda.
Pada petang yang redup dan nyaman ini, saya ingin berkongsi sedikit tutorial dan idea membuat blogger/blogspot sitemap seperti (contoh gambar dibawah). Mungkin ramai juga antara blogger dan webmaster di luar sana mungkin lebih arif tentang sitemap, cuma hari ini saya nak share dengan mereka yang masih belum tahu lagi tentang halaman pages sitemap ini.
Mula-mula, Login masuk ke akaun blogger & pergi ke dashboard → pages → new pages → HTML , kemudian copy & paste kod dibawah tu, kemudian → Publish, selepas itu pergi ke Layout → Show page as dan pilih → Show pages → Selesai.
***Nota: Sila tukar URL berwarna merah kepada URL blog anda Kemudian klik Save.
(Makluman: Widget ini hanya berfungsi untuk paparan Desktop sahaja dan bukan Mobile.
Sila copypaste kod sitemap dibawah:
<!--
Author: http://sneeit.com
URL: http://sneeit.com/create-blogger-site-map-dynamic-view/
Sneeit Blogger iFrame Sitemap :: sbis
-->
<style type="text/css">
.sbis {
overflow: hidden;
position: relative;
height: 565px;
margin: 20px 0 40px 0;
}
.sbis iframe {
display: block;
width: 100%;
height: 680px;
margin-top: -115px;
margin-left: -10px;
padding-right: 10px;
}
</style>
<div class="sbis">
<iframe src="http://YOUR_DOMAIN.BLOGSPOT.COM/view/flipcard"></iframe>
</div>
(credit sneeit.com).
Anda juga perlu menggantikan "flipcard" dalam kod tersebut kepada SATU gaya berikut untuk mengubah cara susun atur Halaman Sitemap anda seperti dibawah:
- Classic
- Magazine
- Mosaic
- Sidebar
- Snapshot
- Timeslide
Nota:Iframe view dinamik akan berfungsi di blog anda jika semua setting berada dalam keadaan yang sepatutnya, sila lihat cara setting blog seperti dibawah:
Blog setting adalah default (umum). Log masuk dalam blogspot anda. Sila pilih Dashboard > Settings > Basic > Blog Readers tab, anda perlu menetapkan blog anda ke Public.
Blog anda mempunyai suapan yang didayakan sepenuhnya. Di Dashboard > Settings > Site feed tab, dayakan sama ada Full atau Jump Break untuk Feed Post anda.
Untuk paparan Dynamic View. Dalam Dashboard > Settings > Formatting tab, pilihan Paparan Dynamic View ditetapkan kepada Yes.
Selamat membaca dan selamat mencuba...
thanks.....terbaikkk.
ReplyDelete